Ramadan15 hari 13 malam
Umrah Awal Ramadan 1448H
Berpuasa dan bertarawih di Tanah Suci. Tempat terhad kerana permintaan tinggi pada bulan Ramadan.
Harga dariRM12,490seorang

Penginapan
5 malam Madinah · 8 malam Makkah
Penerbangan
Penerbangan terus Kuala Lumpur – Madinah, pulang dari Jeddah
Deposit
RM1,000 seorang
Baki
45 hari sebelum berlepas
Hotel
Makkah
Hotel Safwah Al-Zamrud
★★★★
350 m ke Masjidil Haram, berjalan kaki
Madinah
Hotel Taibah Garden
★★★★
150 m ke Masjid Nabawi
- Sahur dan iftar disediakan di hotel
- Tarawih di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram
- Tazkirah Ramadan setiap hari
Tarikh berlepas dan harga
Harga seorang dewasa mengikut jenis bilik.
Isnin, 8 Feb
Pulang 22 Feb 2027
- Berempat sebilik
- RM12,490
- Bertiga sebilik
- RM13,290
- Berdua sebilik
- RM14,590
Isnin, 15 Feb
Pulang 1 Mac 2027
- Berempat sebilik
- RM12,790
- Bertiga sebilik
- RM13,590
- Berdua sebilik
- RM14,890
Jadual perjalanan
- Hari 1
Berlepas dari KLIA
Berkumpul di KLIA empat jam sebelum penerbangan. Taklimat ringkas dan doa selamat bersama mutawwif, kemudian berlepas ke Madinah.
- Hari 2
Tiba di Madinah
Daftar masuk hotel dan berehat. Solat berjemaah di Masjid Nabawi dan ziarah Makam Rasulullah SAW mengikut giliran yang dibenarkan.
- Hari 3–6
Ibadah dan ziarah di Madinah
Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan ladang kurma. Masa selebihnya untuk ibadah sendiri di Masjid Nabawi.
- Hari 7
Ke Makkah dan umrah pertama
Berniat ihram di Bir Ali, kemudian meneruskan perjalanan ke Makkah. Selepas mendaftar masuk di hotel, tunaikan umrah bersama mutawwif: tawaf, saie dan tahalul.
- Hari 8–14
Ibadah dan ziarah di Makkah
Ziarah Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina dan Jabal Nur. Umrah kedua bagi yang mahu. Kuliah ringkas selepas Subuh setiap hari.
- Hari 15
Tawaf wada' dan pulang
Tawaf wada' sebelum bertolak ke lapangan terbang Jeddah untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
- Hari 16
Tiba di KLIA
Selamat tiba di tanah air.
Termasuk
- ✓ Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi
- ✓ Visa umrah
- ✓ Penginapan hotel di Makkah dan Madinah
- ✓ Makanan tiga kali sehari, masakan Melayu
- ✓ Pengangkutan bas berhawa dingin
- ✓ Mutawwif berbahasa Melayu sepanjang perjalanan
- ✓ Ziarah di Makkah dan Madinah
- ✓ Kursus umrah sebelum berangkat
- ✓ Beg, tag bagasi dan buku panduan
- ✓ Air zamzam 5 liter (tertakluk kepada peraturan syarikat penerbangan)
- ✓ Sahur dan iftar di hotel
Tidak termasuk
- – Takaful perjalanan (boleh ditambah semasa tempahan)
- – Vaksinasi yang diwajibkan
- – Lebihan bagasi
- – Perbelanjaan peribadi dan dobi
- – Dam atau fidyah, jika berkenaan